Logo sekolah

.: ladangsenama : .: ladangsenama :

Ahad, 27 Mac 2011

Piagam Pelanggan

Kami warga SJK (T) Ladang Senama dengan tekat dan Iltizam, berjanji akan menggerakkan seluruh tenaga dan usaha kami untuk :-

MURID
  • Memberi ilmu pendidikan berkualiti selaras dengan kurikulum pendidikan teknik
  • Berusaha menyediakan murid cemerlang dengan pencapaian gred A bagi semua mata pelajaran dalam UPSR
  • Memberi peluang kepada setiap murid memperkembang potensi positid untuk mempertingkat keterampilan murid melalui aktiviti kokurikulum dan membangunkan insan ke peringkat antarabangsa.
  • Bersedia membantu murid yang memerlukan bantuan persekolahan.
  • Menyediakan dokumen Sijil Berhenti Sekolah 2 minggu selepas tamat persekolahan.
GURU DAN STAF
  • Mengurus kebajikan guru dan staf sokongan berkaitan perkhidmatan.
  • Menyediakan peluang latihan/kursus pembangunan diri sekurang-kurangnya 7 hari setahun.
  • Menggalakkan guru menyertai kursus anjuran KPM untuk pembangunan diri dan organisasi dari semasa ke semasa.
  • Menggalakkan guru menyediakan dan menggunakan bahan bantu mengajar yang terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • Memastikan surat atau edaran guru dapat disampaikan dalam tempoh 1 hari dari tarikh penerimaan surat
  • Menyediakan prasarana ICT yang mencukupi dan berfungsi
IBU BAPA
  • Menjaga keselamatan dan kebajikan murid sepanjang persekolahan mereka.
  • Melaporkan perkembangan akademik dan sahsiah murid dari semasa ke semasa
STAKEHOLDER
  • Melaksanakan dasar-dasar yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Mengambil tindakan kepada semua urusan dalam tempoh yang ditetapkan dan sentiasa peka serta bersedia menerima pandangan dan cadangan yang konstruktif.

Lencana Sekolah









Moto                      - Ilmu Beretika Berwawasan
Obor                       - Melambangkan cahaya ilmu yang menyinari hidup kita
Gelung                   - Melambangkan pentingnya kokurikulum
Buku                      - Melambangkan pentingnya ilmu bagi mencapai kejayaan dalam hidup kita.
Warna Kuning       - Melambangkan nilai-nilai murni
Warna Putih          - Melambangkan dugaan dan cabaran
Warna Merah       - Melambangkan semangat para murid.

Lagu Sekolah

Visi dan Misi Sekolah

Visi Sekolah
"Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang"

Misi Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Moto Sekolah
"Usaha Tangga Kejayaan"

SEJARAH SEKOLAH



SEJARAH SEKOLAH



SJKT (T) Ladang Senama telah ditubuhkan dan mula berfungsi pada tahun 1949 oleh pihak Inggeris. Sekolah ini telah berkembang sedikit demi sedikit ekoran daripada kepimpinan dan pengawasan yang baik dari Guru Besar dan guru-guru. Guru Besar pertamanya ialah En. Kandasamy dan bersamanya juga, seorang guru mengajar di sekolah ini. Bilangan murid pada ketika itu hanyalah 25 orang sahaja.


Sekolah ini kini mempunyai satu blok bangunan yang sempit (1 ekar) untuk menampung lebih kurang 116 orang pelajar. Murid-murid sekolah ini adalah anak-anak pekerja ladang dan dari Taman Sri Rompin. Pelbagai usaha telah diambil oleh guru besar - guru besar yang telah memimpin sekolah ini untuk meningkatkan kemudahan fizikal sekolah atau memindahkan sekolah ini ke satu lokasi yang kebih strategik.



Khamis, 24 Mac 2011

Pemberian Suntikan Vaksin Kepada Murid Tahun 1

Pada 8 Mac 2011 yang lalu, sepasukan pegawai kesihatan telah melawat sekolah dan memberi suntikan vaksin kepada murid Tahun 1. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakam pada hari tersebut