Logo sekolah

.: ladangsenama : .: ladangsenama :

Rabu, 18 Mei 2011

Kegagalan Perkhidmatan Internet Sekolah

Salam Sejahtera,
Pihak sekolah memohon maaf atas kelewatan mengemaskini laman sesawang sekolah. Hal ini demikian kerana, perkhidmatan internet sekolah sudah terganggu hampir 2 minggu walaupun laporan telah diajukan kepada pihak School Broadband.

Khamis, 5 Mei 2011

di kalangan / di dalam kalangan / dalam kalangan…?

Penggunaan frasa sendi di atas amat bercelaru. Kenapa penulis berpandangan sedemikian? Apabila kita membaca akhbar, buku-buku dan bahan-bahan penulisan lain, kita acap kali bertemu dengan penggunaan ‘di kalangan’, ‘di dalam kalangan’ataupun ‘dalam kalangan’. Jadi, yang manakah yang betul?
SEBENARNYA ‘di-‘ ialah kata sendi nama yang digunakan untuk menunjukkan tempat atau lokasi. Contohnya:-
  • di sekolah
  • di kedai
  • di sungai
  • di kampung
  • di dalam kelas
  • di atas meja
  • di luar padang ..
Adakah kata ‘kalangan’ itu bermaksud tempat atau lokasi? …. TIDAK.
JADI penggunaan ‘di kalangan’, dan ‘di dalam kalangan’ sebenarnya SALAH dan tidak GRAMATIS!
SEBETULNYA:-
  • dalam kalangan bukannya di kalangan
  • dalam kesedihan bukannya di dalam kesedihan
  • dalam peperiksaan bukannya di dalam peperiksaan
  • dalam siasatan bukannya di dalam siasatan

Isnin, 2 Mei 2011

Minggu Bahasa Inggeris 2011





Minggu ICT 2011

         Bermula 4.4.2011 – 8.4.2011, S.J.K (T) Ladang Senama telah mengadakan minggu ICT.Berbagai aktiviti diadakan sempena minggu ICT ini. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini.


a)     Pengenalan Minggu ICT
b)    Jejak Maklumat
c)     Pameran Bertemakan ICT
d)    Silangkata Bertemakan ICT
e)     Penggunaan CDRI bertemakan ICT
f)      Pertandingan Mewarna Bertemakan ICT
g)     Kursus Dalaman Pengurusan Laman Web dan Email Sekolah
h)    Pelancaran Laman Web Sekolah


Guru Besar memberi hadiah kepada pemenang dalam semua pertandingan yang telah dijalankan.

Semua ketua panitia dan guru – guru telah memberi kerjasama untuk menjayakan minggu ICT ini.

           Guru Besar berharap agar  aktiviti – aktiviti seumpama ini dapat diadakan dari semasa ke semasa supaya murid dapat diberi pendedahan berkaitan dengan ICT.


Berikut merupakan gambar sepanjang minggu tersebut