LAPORAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE
KUALA LUMPUR
Pada
hari Sabtu 15 September 2012 yang lalu, JK Lawatan SJK(T) Ladang Senama telah
mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Lawatan ini bertujuan untuk
memberi pendedahan kepada murid tentang tempat-tempat menarik yang terdapat di
sekitar Kuala Lumpur dan jenis-jenis pengangkutan awam yang terdapat di sana.
Lawatan
ini telah disertai oleh 44 orang peserta yang terdiri daripada 28 orang murid
dan selebihnya ialah guru dan kakitangan sekolah. Sebelum bas bergerak ke Kuala
Lumpur, murid-murid telah berhimpun di perkarangan sekolah terlebih dahulu. Bas
mula bertolak ke Kuala Lumpur tepat pada pukul 6.45 pagi mengikut jadual.
Bas
berhenti di kawasan Rehat dan Rawat ( R&R ) Seremban pada pukul 8.00 pagi.
Murid-murid telah bersarapan terlebih dahulu di kawasan tersebut sebelum bas
berangkat ke destinasi seterusnya.
Pada
pukul 10.45 pagi, bas tiba di KL Sentral. Semua peserta diturunkan di kawasan
tersebut. Para peserta perlu berjalan kaki ke Brickfields untuk menaiki monorel
ke Bukit Nanas. Setelah tiba di Bukit Nanas, para peserta perlu berjalan kaki
ke Stesen LRT Kelana Jaya di Dang Wangi
untuk ke KLCC. Murid-murid berasa teruja apabila pertama kali menaiki Monorel
yang bergerak di atas ketinggian separas dengan bangunan-bangunan kedai di
Kuala Lumpur. Mereka juga berasa kagum apabila menaiki LRT melalui terowong
bawah tanah sehingga sampai di KLCC.
Setelah
tiba di KLCC, semua peserta perlu berjalan kaki menuju ke Aquaria. Perjalanan
ke Aquaria berjalan dengan lancar kerana pihak pengurusan lawatan telah membuat
tempahan terlebih dahulu. Murid-murid seronok melihat gelagat ikan-ikan yang
terdapat di dalam aquarium besar dan perlu melalui terowong bergerak untuk
melihat ikan jerung. Bagi mereka, itulah pengalaman yang sangat menarik kerana
mereka hanya berpeluang melihat ikan-ikan tersebut di televisyen sahaja sebelum
ini. Suasana di dalam aquarium agak kurang selesa kerana terlalu ramai
pengunjung yang turut melawat aquaria pada hari tersebut.
Seterusnya,
murid-murid dibawa ke Tugu Negara untuk makan tengah hari. Perancangan awal
perlu diubah kerana kawasan sekitar KLCC masih hujan pada ketika itu.
Murid-murid dibawa untuk melihat keadaan persekitaran Tugu Negara dan turut
sama mengingati jasa-jasa pengorbanan prajurit negara. Selepas itu,Murid-murid
juga turut dibawa melawat Muzium Negara untuk melihat tinggalan sejarah negara
ini.
Dalam
perjalanan pulang ke Bahau, murid-murid dibawa melihat keindahan lampu-lampu
yang berwarna-warni di I-City Shah Alam. Murid-murid berasa teruja apabila bas
mula memasuki perkarangan I-City. Bagi mereka, itulah pengalaman pertama kali
mereka menjejakkan kami di kawasan yang mempunyai lampu yang berwarna warni
seperti terdapat di luar negara. Di I-City, murid-murid dibawa untuk menikmati
makan malam di KFC yang berdekatan. Selepas itu, mereka mengambil peluang untuk
bergambar di sekitar I-City.
Murid-murid
berasa sangat seronok sepanjang mengikuti lawatan pada kali ini. Bagi mereka,
inilah pengalaman yang sangat mereka inginkan. Bagi pihak JK Lawatan, kami
berharap agar murid-murid mendapat ilmu sepanjang mengikuti lawatan ini.
Disediakan Oleh 19
SEPTEMBER 2012
..........................................
(MOHD
AMMAR B. HASSAN)
Penyelaras
Lawatan,
SJK(T)
Ladang Senama
0 comments:
Catat Ulasan